1.Rangkaian Komputer ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu
sama lain untuk tujuan capaian maklumat,komunikasi dan perkongsian sumber .
2.Melalui rangkaian,kita dapat mengakses data,perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.
3.Rangkaian komputer terdiri daripada Rangkaian Berwayar dan Rangkaian tanpa Wayar.
4.Rangkaian Berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubung antara satu
sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.
5.Rangkaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu
sama lain dengan menggunakan gelombang radio.
6.Rangkaian Komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi.Antara contoh komunikasi melalui
rangkaian komputer ialah e-mel,bual maya dan sidang video.
7.Rangkaian Komputer juga adalah untuk capaian maklumat.Contoh capaian maklumat adalah melayari laman web.
8.Kegunaan rangkaian komputer juga untuk perkongsian sumber.
9.Perkakasan seperti komputer dan pencetak boleh disambung dalam rangkaian berwayar dengan menggunakan suis.
10.Perkakasan juga boleh disambungkan dalam rangkaian tanpa wayar dengan menggunakan titik capaian tanpa wayar.
Sekarang,saya akan ajar tentang peranti rangkaian komputer ! :)
1.Peranti rangkaian komputer terdiri daripada peranti penghantar , peranti komunikasi , media penghantaran dan peranti penerima.
2.Contoh peranti peranti komputer:-
a) Kad Antara Muka Rangkaian .
Fungsi: Kad Antara Muka Rangkaian membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam menyediakan port rangkaian untuk sambungkan kabel rangkaian.
b) Titik Capaian Tanpa Wayar .
Fungsi: Titik Capaian Tanpa Wayar membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer-komputer dan peranti-peranti yang lain dalam rangkaian tanpa wayar.
c) Penyesuai Rangkaian Tanpa Wayar .
Fungsi: Penyesuai rangkaian tanpa wayar membolehkan komputer berhubung ke rangkaian tanpa wayar.Peranti ini boleh berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambungkan ke port USB atau PCMCIA .
d) Modem .
Fungsi: Modem menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon .
e) Penghala .
Fungsi; Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan.Penghala mempercepatkan penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan melalui pemilihan laluan yang terbaik.
f) Hab .
Fungsi; Hab berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat(LAN).Hab mempunyai port rangkaian.Apabila data tiba di suatu port rangkaian,data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan .
g) Suis .
Fungsi: Suis mempunyai fungsi yang sama seperti Hab tetapi berupaya menyemak data yang diterima,menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data tersebut dengan tepat .
Itulah antara peranti rangkaian..... :)
3.Keupayaan peranti rangkaian berbeza antara satu sama lain berdasarkan spesifikasi dan faktor faktor yg mempengaruhinya.Antaranya ialah kelajuan,keselamatan,kebolehgunaan dan kebolehkembangan.
Ini sahaja ~~~~ Inilah pelajaran untuk harini !! ada masalah boleh je komen...insya Allah saya jawab.. :) Assalamualaikum..

Terima kasih ajar saya tntg tmk!!! Tlg wat part 2 !! ^^
ReplyDeleteWelkem..saya akan buat part 2 secepat mungkin..
Deletebu bu bu bu
ReplyDelete